top of page
  • admin

RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR,5 Okt: Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.


Rang undang-undang berkenaan dibentang Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.


Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan kerajaan pada 2023.

Mohd Shahar berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 4 petang, Jumaat ini.


Ia dijangka dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.


-- BERNAMA

bottom of page