top of page
Writer's pictureNihaba

Shukrie letak jawatan CEO kumpulan MAHB

23 Oktober-KUALA LUMPUR

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh sudah meletakkan jawatan itu.

Pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan berkata, Shukrie meletak jawatan untuk menceburi kerjayqa lain. Peletakan jawatannya berkuat kuasa 24 Okt ini.


Ini menyusul laporan FMT yang pemegang taruh utama sudah meminta Shukrie disingkirkan, walaupun lembaga pengarah mengakui prestasinya.


Laporan berhubung kemungkinan penyingkirannya menghidupkan semula kebimbangan pengambilalihan lapangan terbang Subang yang sangat menguntungkan oleh sebuah syarikat swasta.

Peletakan jawatan Shukrie hari ini menyusul pelantikan bekas Pengarah Urusan kumpulan Media Prima, Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu MAHB.

“Lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Shukrie atas perkhidmatannya dan selamat maju jaya kepadanya,” kata MAHB dalam kenyataan.

Shukrie mula menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasinya pada Mei 2019, sebelum dilantik ke jawatan CEO kumpulan tahun lalu.

Comentarios


bottom of page