top of page
  • newsatmy

Wan Nadiah tersenarai dalam Forbes Asia

5 November

KUALA LUMPUR-Baru-baru ini, satu lagi kejayaan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob berusia 37 tahun selepas beliau berjaya memasuki senarai Forbes Asia.


Nadiah yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Power Businesswomen 2021 Forbes Asia.


CEO wanita paling muda ini diiktiraf selepas usahanya memperkenalkan pasukan petugas khas Covid-19 dan melancarkan satu aplikasi mudah alih bagi membantu rawatan kepada pesakit Covid-19.

Selain itu , beliau juga kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kelab Harvard Malaysia.


Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes Asia ini bertujuan untuk menonjolkan individu yang berjaya menyesuaikan diri dan berkembang maju ketika berada di dalam situasi Covid-19.

Menurut Forbes, wanita di dalam senarai tersebut merangkumi kesemua bidang seperti perbankan, penjagaan kesihatan, teknologi dan lain-lain.

sumber: Forbes


bottom of page